create your own banner at mybannermaker.com!

Perubahan Keadaan Bahan

RANCANGAN PENGAJARAN

Bilangan Murid : 38 orang
Masa : 60 minit
Tema : Menyiasat Alam Bahan

Objektif Pembelajaran :
1.2 Memahami bahawa bahan boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain.

Hasil Pembelajaran :
1.2.1 Menyatakan bahawa air boleh berubah bentuk.
1.2.2 Membuat kesimpulan bahawa air wujud dalam tiga keadaan.

Pengetahuan Sedia Ada Murid :
1. Murid pernah melihat perubahan ketulan ais yang mencair apabila dibiarkan terdedah
    kepada persekitaran.

Kemahiran Proses Sains :
Memerhati
Meramal
Membuat Inferens
Mengeksperimen
Mengelas
Membuat Hipotesis

Kemahiran Manipulatif Sains :
Menggunakan alat dengan cara yang betul
Membasuh alat
Menyimpan alat
Menyusun alat

Nilai Murni :
Bertanggungjawab
Bekerjasama
Berminat
Mensyukuri nikmat Tuhan

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
Bikar 500 ml
Kiub ais
Penunu Bunsen
Kaki retort
Kasa dawai
Jubin

Set Induksi (5 minit)

1. Guru menunjukkan beberapa ketulan ais yang diisi di dalam sebuah bikar.
2. Guru meletakkan bikar tersebut di luar Bilik Sains selama 2 minit.
3. Guru meminta murid memerhati apa yang terjadi ke atas ketulan ais tadi.
Pencetusan Idea (10 minit)
1. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan topik yang akan dipelajari pada hari   ini selepas murid memberi respon kepada soalan yang diberikan oleh guru.
2. Guru mengaitkan aktiviti yang telah dijalankan dengan topik yang akan dipelajari oleh murid.
3. Guru menerangkan bahawa air mengalami beberapa proses semasa perubahan bentuk berlaku.
Aplikasi Idea (25 minit)

1. Guru menyediakan radas untuk menjalankan eksperimen.
2. Guru meminta murid memerhati setiap perubahan yang berlaku ke atas bahan, daripada pepejal berubah kepada cecair dan seterusnya kepada gas.
3. Guru menekankan tentang perlunya mematuhi arahan semasa menjalankan eksperimen bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingin.

4. Murid menjalankan eksperimen setelah menerima arahan daripada guru.
5. Murid memerhati setiap perubahan bentuk yang berlaku sepanjang eksperimen dijalankan.

6. Murid membuat inferens berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan.
    Pengukuhan Idea (15 minit)
    1. Guru meminta murid membuat satu gambar rajah bagi menunjukkan perubahan  yang terlibat semasa eksperimen dijalankan.
    2. Guru mengedarkan lembaran kerja bagi menguji tahap kefahaman  murid terhadap eksperimen yang dijalankan oleh mereka.

     
    3. Murid membina gambar rajah perubahan bentuk bahan yang terlibat di atas kertas A4.
    4. Murid membentangkan di hadapan kelas.

    5. Murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

    Kesimpulan (5 minit)

    1. Guru membuat kesimpulan ke atas pelajaran pada hari ini.
    2. Murid memberikan inferens mereka berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat oleh mereka.
    

    Mari menjelajah bersama kami!!!!


    Sila perhatikan gambar di bawah ini...

    Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya semua minuman ini dibiarkan di atas meja selama beberapa minit...






    Mencungkil pengetahuan sedia ada murid... 




    PENCETUSAN IDEA
    



     Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan permerhatian mereka semasa set induksi...

    Contoh soalan :

    1. Apakah yang terjadi kepada ketulan ais?

    2. Mengapa ais menjadi air?


    APLIKASI IDEA

    Mari kita buktikan bersama...

    Apakah yang menyebabkan ais berubah kepada pelbagai keadaan...












    Proses menjalankan eksperimen...

    Murid membuat pemerhatian sepanjang eksperimen dijalankan.



    PENGUKUHAN IDEA



    ketulan ais


    air


    gas

    Mengaplikasikan idea daripada pemerhatian...

     
     Carta Alir Perubahan Bentuk Bahan









    Murid menjawab soalan di dalam buku latihan dan dincangkan di dalam kelas.


    KESIMPULAN



    Guru membuat kesimpulan kepada pengajaran pada hari ini.

    Murid membuat inferens berdasarkan daripada pembelajaran mereka.

    contoh jawapan murid:

     Air boleh berubah bentuk dan keadaannya kerana dikenakan haba...


    
    

    NAMA AHLI KUMPULAN:

    MAZIDAH BT HAMID (PPG/20654/11)
    FARIDAH BT CHE MAN (PPG/20757/11)
    RAFIDAH BT MANAP (PPG/20758/11)
    FARAH HANUM BT IBRAHIM (PPG/20761/11)
    KHRISNALATHA A/P YANASHAKARAN  (PPG/20643/11)

    No comments:

    Post a Comment